M8 Pushbike, ZK Racing semarakan perlumbaan pocketbike

M8 Pushbike, ZK Racing semarakan perlumbaan pocketbike

KEJOHANAN International Pushbike GP Series yang berlangsung di Langkawi, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kedua-dua pihak sentiasa berbincang mengenai hala tuju pelumba pushbike di masa hadapan dan telah bersependapat bahawa kesinambungan dari sukan pushbike adalah ke platform perlumbaan motosikal seperti MiniGP.

Dalam masa terdekat juga, M8 sedang giat melaras acara Come & Try bagi pelumba pushbike merasai pengalaman menunggang jentera Pocketbike yang berkemungkinan akan diadakan pada awal Ogos depan sempena FIM MiniGP Malaysia Pusingan 4.

“M8 akan menganjurkan kejuaraan Pocketbike dan dibantu oleh ZK Racing selaku pasukan teknikal yang akan membantu di dalam pengoperasian serta mengendalikan jentera, latihan dan sebagainya.

“Kerjasama ini akan melengkapkan transasi dari sebuah basikal imbang iaitu pushbike ke pocketbike yang berenjin dan size yang lebih kecil dibandingkan dengan MiniGP.

“Objektif utama kolaborasi ini salah satunya adalah kesinambungan karrier seorang pelumba pushbike ke sukan dua roda sekali gus melahirkan lebih ramai pelumba motorsikal negara di masa hadapan.,” ujarnya.

Wan Mohd Muzri Ramli berkata demikian ketika ditemui di M8 International Pushbike GP Series yang berlangsung di Langkawi, baru-baru ini.

Dalam acara sukan bertaraf antarabangsa itu yang berlangsung selama dua hari itu, , seramai 400 peserta dari empat buah negara Indonesia, Thailand, Singapore dan Malaysia . berentap merebut kejuaraan.

Tambah membanggakan, pasukan M8 Malaysia berjaya mengungguli lima daripada sembilan kategori yang dipertandingkan termasuk kejayaan hero cilik, Maleeq Dragster, Mikayla 44 dan Dayyan Adam dalam kategori masing-masing.

“Terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan yang menyokong M8 International Pushbike Gp Series yang diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) baru-baru ini.

“Pertandingan M8 International akan diadakan sekali lagi di Langkawi tahun hadapan bagi menggalakkan program pelancongan dan sukan di Langkawi.

“Kerjasama antara M8 Eagle Pushbike, M8 Malaysia, ZK Racing dan Lada pastinya memberi daya tarikan yang lebih terbaik pada 2025,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya