Lukis simbol hina raja, lelaki dipenjara 8 bulan

Lukis simbol hina raja, lelaki dipenjara 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki yang melukis simbols anarki dan nombor 112 di dinding Kuil Buddha Zamrud, tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan vandalisme.

Simbol berkenaan merujuk kepada undang-undang lese-mejeste. Nombor 112 pula adalah mewakili Seksyen 112 Kanun Jenayah, undang-undang sama.

Kesalahan itu dilakukan pada Mac, tahun lalu, di lokasi yang merupakan sebahagian daripada pekarangan Istana Besar di daerah Phra Nakhon di Bangkok.

Tertuduh didapati bersalah melanggar Akta Monumen Purba, Benda Antik dan Muzium Negara serta Akta Kebersihan.

Mahkamah meringankan hukuman penjara kerana tertuduh membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh, Suttawee ‘Bang-urn’ Soikham, 26, merayu keputusan itu di Mahkamah Jenayah dan membayar wang jaminan.

Suttawee ditemani seorang peguam bagi mendengar keputusan itu serta dua rakannya yang lain bagi memberikan sokongan moral. -THE BANGKOK POST

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN