Lima maut akibat serangan bom di Pakistan

Lima maut akibat serangan bom di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Seramai lima orang termasuk seorang bekas senator di utara Pakistan maut akibat letupan bom, hari ini.

Pegawai Kerajaan, Anwarul Haq berkata, ia adalah bahan letupan buatan sendiri.

Letupan berlaku ketika Senator, Hidayatullah sedang berkempen menjelang pilihan raya di daerah puak Bajur di sepanjang sempadan Afghanistan apabila kenderaannya terkena bom kawalan jauh.

Kumpulan Taliban Pakistan atau Tehreek-e-Taliban (TTP) menafikan pembabitan mereka dalam letupan berkenaan.

Bajur adalah satu dari beberapa daerah dikuasai puak militant di Kawasan yang bersempadan dengan Afghanistan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN