OHIO: Mahkamah Agung Ohio memutuskan kepak ayam tanpa tulang tidak semestinya bebas tulang, sekali gus mengenepikan tuntutan saman oleh lelaki yang sakit selepas tertelan tulang akibat memesan makanan berkenaan.
Defendan, Michael Berkheimer pada 2016 mengemukakan saman terhadap restoran makanan segera Wings on Brookwood di sini selepas tertelan tulang ayam yang ditulis bebas tulang pada menunya.
Berkheimer ke restoran bersama keluarganya ketika itu, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital tiga hari kemudian kerana demam.
Doktor menemukan sebatang tulang panjang dan nipis yang menyebabkan esofagusnya cedera selain mengakibatkan jangkitan kuman.
Dalam tuntutan samannya, Berkheimer menuduh restoran berkenaan gagal memberi amaran kepada dirinya tentang menu kepak ayam tanpa tulang mungkin mengandungi tulang.
Plaintif turut menuduh pembekal serta ladang ayam yang membekalkan produk tersebut kerana cuai.
Hakim Joseph T Deters dalam keputusannya berkata, kepak ayam tanpa tulang merujuk kepada cara memasak dan bukan bermaksud bebas tulang.
Keputusan itu dibuat oleh tujuh hakim dengan keputusan empat menolak tuntutan saman, sementara tiga lagi menyokongnya. – AGENSI