Lelaki ditemu mati tergantung di buaian, tinggal nota mohon maaf

Lelaki ditemu mati tergantung di buaian, tinggal nota mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang tukang cuci warga asing ditemukan mati dengan keadaan menggantung diri pada palang buaian di sebuah taman permainan di Dengkil, di sini pagi tadi.

Lebih menyayat hati, turut ditemukan bersama mangsa sekeping nota minta maaf dalam bahasa Tamil dipercayai ditulis mangsa yang ditujukan kepada ahli keluarganya.

Menurut nota itu lagi, si mati menyatakan dirinya tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tindakannya itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi di Taman Baiduri itu, orang awam menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa dengan leher terjerut kain yang diikat pada palang buaian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 27 tahun itu tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian dan bekerja di sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa juga dipercayai menghidap penyakit kronik berdasarkan semakan rekod perbuatan di sebuah klinik swasta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Cyberjaya untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya juga ingin menasihatkan orang awam supaya tidak menimbulkan apa-apa spekulasi dan tidak berkongsi berita tidak benar atas kejadian ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya