Lee Zii Jia terus kemaraan buru pingat di Paris

Lee Zii Jia terus kemaraan buru pingat di Paris

LEE Zii Jia mudah mengetepikan cabaran pemain Sepanyol, Pablo Albian dalam aksi terakhir Kumpulan G pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik selepas mengetepikan pemain kurang ternama dari Sepanyol, Pablo Albian dalam aksi terakhir Kumpulan G pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, hari ini.

Anak jati Kedah yang menghuni ranking No. 7 dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan Albian yang berada di ranking ke-67 dunia 21-10, 21-13 di Arena Porte De La Chapelle.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua Zii Jia selepas dia turut menundukkan wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam perlawanan pembukaan, Ahad lalu.

Ini bermakna anak muda berusia 26 tahun itu muncul juara Kumpulan G dan untuk saingan perseorangan lelaki hanya juara kumpulan yang mara ke peringkat seterusnya.

Zii Jia dijangka berdepan juara Kumpulan H di peringkat seterusnya dengan pencabarnya sama ada pemain Indonesia yang menghuni ranking ke-9 dunia, Anthony Sinisuka Ginting atau wakil tuan rumah, Toma Junior Popov yang berada di tangga ke-20 dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya