Lebih 98% pelaburan HRD Corp menguntungkan

Lebih 98% pelaburan HRD Corp menguntungkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) merekodkan keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta sehingga akhir Disember 2023.

Ia melibatkan sekitar 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang bernilai RM3.6 bilion.

Dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat media, hanya 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp yang mencatatkan kerugian tidak nyata sebanyak RM49 juta.

“Keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 30 Jun 2023 pula adalah RM56 juta manakala keuntungan nyata daripada pelaburan setakat 31 Disember 2023 adalah RM106 juta,” menurut nota tersebut.

Dalam nota yang sama, pihak pengurusan HRD Corp menegaskan bahawa mereka sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan di mana segala bentuk permohonan kelulusan pelaburan mesti dilampirkan dengan kertas analisis.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang diumumkan semalam mengesyorkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) merujuk kepada agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung ketidakteraturan yang dikenal pasti terhadap pengurusan HRD Corp.

LKAN turut mendapati HRD Corp mempunyai kelemahan pengurusan dalam melaksanakan operasi dan aktiviti syarikat mengikut tatakelola dan peraturan ditetapkan hingga agensi itu belum mencapai objektif penubuhannya, termasuk petunjuk utama prestasi (KPI) 2023 dan pindaan indikator petunjuk prestasi utama (KPI) tidak diluluskan lembaga pengarah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan matlamat dalam penubuhan agensi itu.

Katanya, matlamat penubuhan syarikat adalah bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan kerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya