Lebih 4,000 rumah terjejas akibat banjir di Korea Utara - Utusan Malaysia

Lebih 4,000 rumah terjejas akibat banjir di Korea Utara

This recent undated photo released by North Korea's official Korean Central News Agency (KCNA) via KNS on July 31, 2024 shows an aerial view of flooding after record-breaking heavy rains near the city of Sinuiju in North Pyongan province. (Photo by KCNA VIA KNS / AFP) / - South Korea OUT / REPUBLIC OF KOREA OUT ---EDITORS NOTE--- RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO/KCNA VIA KNS" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS THIS PICTURE WAS MADE AVAILABLE BY A THIRD PARTY. AFP CAN NOT INDEPENDENTLY VERIFY THE AUTHENTICITY, LOCATION, DATE AND CONTENT OF THIS IMAGE. THIS PHOTO IS DISTRIBUTED EXACTLY AS RECEIVED BY AFP. /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Lebih 4,000 rumah di bandar Sinuiju dan Uiju di Korea Utara berhampiran sempadan China dinaiki air akibat hujan lebat, lapor media kerajaan KCNA.

Bencana itu turut mengakibatkan sekitar 3,000 hektar tanah ladang, bangunan awam dan jalan raya ditenggelami air, mendorong mesyuarat tergempar selama dua hari oleh Parti Pekerja yang memerintah awal minggu ini.

Pemimpin Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat itu dan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap kerosakan serta menggesa langkah tegas untuk memulihkan kawasan terjejas.

Kim sempat memantau kawasan terjejas banjir pada 28 Julai lepas.

Wilayah itu terjejas akibat hujan lebat daripada Ribut Tropika Gaemi sejak beberapa hari lalu, menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan 15 orang di selatan China dan banjir kilat di tempat lain.

Media negara Korea Utara meningkatkan amaran mengenai musim tengkujuh dan mengeluarkan beberapa laporan berhubung usaha untuk mengimbangi kerosakan akibat cuaca ekstrem.

Bulan Julai adalah musim monsun tahunan di semenanjung Korea, tetapi rantau berkenaan mengalami cuaca ekstrem sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Di Korea Selatan, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh, kelewatan kereta api dan kerosakan teruk pada infrastruktur awal bulan ini.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN