Langgar lampu merah, warga emas didenda RM6,952

Langgar lampu merah, warga emas didenda RM6,952

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 60 tahun yang melanggar lampu merah semasa memandu melebihi had laju, didenda $2,000 (RM6,952) dan dilarang memandu selama 15 bulan.

Menurut polis, kes itu adalah yang pertama di Singapura apabila pemandu dibicarakan di mahkamah atas kesalahan melanggar had laju.

Kesalahan itu dilakukan pada waktu tengah hari, 9 April lalu, apabila kamera lampu merah di persimpangan Lebuh Raya Pantai Barat merakam pemandu itu tidak mengendahkan lampu isyarat dan memecut 111 kilometer sejam, melebihi had laju 70 kilometer sejam.

Pemandu itu didakwa dan disabitkan di mahkamah pada 3 Julai lalu, kerana memandu secara berbahaya di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.

Pesalah boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga $5,000 (RM17,382) atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, mereka juga boleh hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan.

Mulai 1 April, fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah diaktifkan secara bertahap di pelbagai lokasi di Singapura.

Lebih 5,000 ditangkap sejak pengaktifan fungsi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya