PARIS: Laluan kereta api berkelajuan tinggi di Perancis menjadi sasaran oleh beberapa penyerang yang berniat jahat menjelang Majlis Perasmian Sukan Olimpik Perancis.
Ancaman itu disifatkan sebagai ‘sabotaj terancang’ bagi mengganggu kelancaran acara berprestij yang menghimpunkan atlet dari seluruh dunia.
Syarikat kereta api negara, SNCF berkata, ancaman itu menjejaskan laluan berkelajuan tinggi Atlantik, Utara dan Timur, dengan beberapa kerosakan dilaporkan berlaku di kemudahan itu.
Menurut SNCF, salah satu perbuatan terancang itu berjaya digagalkan.
“Trafik perjalanan di laluan ini sangat terganggu, dengan rangkaian kereta api perlu dialihkan dan sejumlah besar kereta api dibatalkan.
“Pasukan pembaikan berkata, keadaan itu dijangka bertetusan sepanjang hujung minggu ini.
“Kami minta semua penumpang menangguhkan perjalanan dan tidak menggunakan stesen ini,” katanya. -CNN