Korea Utara hantar lagi belon sampah - Utusan Malaysia

Korea Utara hantar lagi belon sampah

BELON sampah yang dikirim dari Korea Utara ke Korea Selatan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara masih meneruskan tindakan menerbangkan belon yang mengandungi sampah di sepanjang sempadan Korea Selatan. 

Ketua Turus Bersama Tentera Korea Selatan berkata, tindak balas itu susulan pihaknya mula memasang pembesar suara tentang propaganda Pyonyang. 

“Korea Utara sedang melancarkan satu lagi kumpulan belon membawa sampah ke arah utara Gyeonggi.  

“Sila laporkan kehadiran objek itu kepada tentera atau polis dan elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan objek itu,” katanya lapor AFP. 

Kumpulan belon baharu itu muncul selepas tiga hari Seoul mengumumkan akan menyambung semula siaran propaganda melalui pembesar suara yang ditujukan ke Korea Utara. 

Seoul memberi amaran pihaknya akan meluaskan skop siaran sedemikian jika Korea Utara berterusan menghantar belon pembawa sampah.   

“Kami boleh meningkatkan bilangan pembesar suara siaran di barisan hadapan jika Korea Utara meneruskan provokasinya,” kata seorang pegawai tentera kepada agensi berita Yonhap. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya