Konflik Gaza: Sampai bila hendak berunding? - Utusan Malaysia

Konflik Gaza: Sampai bila hendak berunding?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU ini, Israel akan menghantar pasukan perunding bagi melakukan sesi rundingan baharu berhubung perjanjian membebaskan tebusan rakyatnya yang masih berada di bawah jagaan Hamas.

Tanpa memperincikan di mana lokasi tersebut akan berlangsung, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan pasukan tersebut akan berlepas, sehari selepas beliau menyampaikan ucapan kepada Kongres di Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, Qatar dan Mesir dengan sokongan AS, menjadi pengantara bagi sesi rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas. 

Protes dan aksi tunjuk perasaan di jalanan juga menuntut pilihan raya baharu dan perjanjian pembebasan tebusan.  

Majoriti rakyat Israel sudah melabelkan Netanyahu sebagai egois kerana sengaja memanjangkan perang.

Tempoh sembilan bulan berperang bukan masa sekejap. Banyak emosi dan penderitaan yang terpaksa ditanggung. 

Rakyat Israel sudah melakukan demonstrasi menuntut pembebasan tebusan segera. Namun, Netanyahu masih berdegil walaupun panglima perangnya sudah meletakkan jawatan. 

Bangsa Yahudi seperti Netanyahu memang keturunan paling degil dalam sejarah dunia.  

Yang dibantai adalah manusia yang mempunyai hati dan jantung sepertinya. Namun, setiap rakyat Palestin sudah dilabelkan sebagai ‘human animal’ yang boleh dibantai sesuka hati.

Tiada sekelumit simpati dan empati terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kezaliman yang berpanjangan tanpa titik noktah.  

Anak-anak Palestin tidak cukup zat kerana dilanda krisis kelaparan dan kebuluran yang kian meruncing. Mereka hanya ‘bermandi darah’ dan menyaksikan bedilan peluru setiap hari di Gaza. 

Apa lagi alasan Netanyahu dan syarat yang sukar diterima? Baginya, pejuang Hamas perlu diburu sehingga ke lubang cacing, setiap terowong perlu dimusnahkan sehingga tiada lagi ruang untuk  mereka bernafas. 

Hakikatnya, tentera Israel sudah kalah. Tewas dalam perang gerila yang membebankan. Yang disajikan media barat semuanya serangan terhadap sekolah dan kem pelarian.

Dari sungai sampai sengara, Palestin pasti merdeka! 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya