KL City 'hadiah' kekalahan kepada Sabah FC

KL City ‘hadiah’ kekalahan kepada Sabah FC

PENJAGA Gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat hanya mampu melihat bola rembatan pemain KL City pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 3-0 ke atas Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Keputusan itu menjadi kemenangan ketiga buat The City Boys dalam saingan liga musim ini sekali gus melonjak ke tangga ketiga Liga Super.

Lebih manis, skuad kendalian Miroslav Kuljanac melebarkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan dan menyekat hasrat Sabah FC untuk meraih mata di laman lawan.

KL City bermula garang seawal minit ke-17 apabila menguji gawang pelawat menerusi rembatan deras Haqimi Azim Rosli namun berjaya dihalang pertahanan Sabah FC.

Tuan rumah terus melakukan asakan sehingga menyebabkan pemain Sabah Rawilson Batuil dilayangkan kad merah dan mendapat sepakan penalti namun sepakan itu gagal disempurnakan oleh Paulo Josue.

Usaha KL City mencari gol akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan sendiri pemain Sabah Ko Kwang Min pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Josue menebus kegagalan sepakan penalti apabila sepakan percuma yang diambilnya berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol kedua KL City FC pada minit ke-61.

PEMAIN-Pemain KL City meraikan jaringan dilakukan Paulo Josue pada aksi Liga Super menentang Sabah.

Zhafri Yahya menutup kemenangan bergaya KL City menerusi gol ketiga pada minit ke-87.

Selepas ini, KL City akan menentang Terengganu FC sementara Sabah FC akan berdepan Sri Pahang di tempat lawan, minggu depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya