Kim Swee kecewa gagal ke separuh akhir Piala FA

Kim Swee kecewa gagal ke separuh akhir Piala FA

Penyerang Sabah, Ramon Machado dicabar pemain Terengganu dalam perebutan bola di udara pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas semalam.-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui pasukannya tidak boleh menyalahkan pihak lain selain diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang yang ada sehingga menyebabkan mereka tersingkir dalam kempen Piala FA.

Sabah FC tewas kepada Terangganu FC dengan keputusan agregat 7-0 pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas, semalam dan walaupun dihidangkan beberapa peluang namun anak-anak buah Kim Swee gagal menyempurnakannya disebabkan ketumpulan jentera serangan.

“Kita gagal menyempurnakan peluang tetapi Terengganu FC menyempurnakan peluang dengan agak mudah. Jadi, dua gol pada separuh masa pertama telah memadamkan apa yang kita inginkan.

“Dan kita harus mempersalahkan diri sendiri di mana saya percaya peluang-peluang yang kita cipta lebih banyak daripada Terengganu FC. Mereka lebih tajam di depan gol.

“Dan pada separuh masa, sudah tentu berbeza di mana kita dibolosi lagi oleh satu gol mudah di mana kesilapan kita sendiri,” katanya.

Dalam perlawanan semalam, Terengganu FC mencatat kemenangan 3-0 dengan ketiga-tiga jaringan hadir menerusi Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Marin Pilj.

Terengganu FC dijadual bertemu Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya