Keluarga mangsa pesawat terhempas tuntut penjelasan

Keluarga mangsa pesawat terhempas tuntut penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat yang mengorbankan 18 mangsa minggu ini, belum menerima maklumat daripada kerajaan atau syarikat penerbangan mengenai punca kejadian tersebut.

Seorang ahli keluarga, Krishna Bahadur Magar berkata, pihaknya tidak dihubungi sesiapa termasuk Saurya Airlines yang juga pemilik pesawat berkenaan.

“Saudara kami adalah sebahagian daripada keluarga Saurya Airlines. Mengapa syarikat bertindak seolah-olah mereka tidak peduli tentang mangsa,” katanya kepada Reuters.

Kelmarin, sebuah pesawat CRJ-200 milik Saurya Airlines yang dinaiki 19 kakitangan terhempas dalam satu penerbangan latihan ketika berlepas dari ibu negara ke Pokhara.

Hanya seorang juruterbang selamat dalam nahas berkenaan.

Ahli keluarga semalam berkumpul di pekarangan unit forensik Hospital Pengajaran Universiti Tribhuvan Kathmandu bagi mendapatkan maklumat berhubung proses tuntutan mayat mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, pihak hospital memberitahu, masih banyak ujian perlu dilakukan termasuk pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa memandangkan ada antara mayat rentung.

Usaha Reuters untuk menghubungi Saurya Airlines bagi mendapatkan reaksi juga gagal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN