Kelab Liga M berisiko disekat bermain di Kejohanan Asia

Kelab Liga M berisiko disekat bermain di Kejohanan Asia

WINDSOR PAUL JOHN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John mengesahkan pihaknya telah membuka fail siasatan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Katanya, AFC akan menyiasat berhubung proses pemberian lesen kepada kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) yang tidak mengikut syarat yang betul.

Sekiranya dapat dibuktikan ada pelanggaran dalam proses pemberian pelesenan kelab, harapan pasukan bertanding di peringkat Asia mungkin akan musnah apabila lesen liga dari AFC berisiko untuk ditarik semula.

“Ya betul, kami sudah membuka fail siasatan dan langkah seterusnya adalah kami akan menghubungi FAM dan MFL untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau serta melihat proses pemberian lesen.

“Selepas semua maklumat dikumpul, kami akan membuat keputusan menerusi jawatankuasa yang ada. Kesan atau tindakan paling berat adalah tiada wakil yang boleh kami terima (bermain di pentas Asia).

“Kalau terdapat pelanggaran (dalam proses pemberian lesen) kena hukum kerana kami ada ketetapan. Apapun kami perlu lihat dahulu sama ada terdapat pelanggaran peraturan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Kuala Lumpur (KL) City dilaporkan gagal melakukan pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan tunggakan hampir RM719,000.

Perkara itu mendapat perhatian pelbagai pihak dan mendakwa bagaimana kelab berkenaan boleh dapat lesen kebangsaan sedangkan mengalami tunggakan seperti itu.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen, dua tahun lalu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara itu dapat beraksi di pentas tertinggi Asia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya