KDN FC sedia kecewakan Sang Kenari di Darul Aman

KDN FC sedia kecewakan Sang Kenari di Darul Aman

PENJAGA Gol KDN FC, Muhaimin Mohamad bakal menjadi benteng terakhir pasukannya bagi menyekat jentera serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.-IHSAN KDN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) tekad ‘merantai’ pergerakan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam usaha mencuri sekurang-kurangnya satu mata pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Kedah malam ini.

Ketua jurulatihnya, Park Jaehong bagaimanapun berkata, KDN FC akan berlawan bermati-matian bagi memastikan mereka tidak pulang tangan kosong walaupun skuad Kenari masih dibuai dengan kejayaan mara ke aksi separuh akhir Piala FA musim ini.

“Kami akui KDA adalah sebuah pasukan yang kuat serta baru sahaja meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA. Namun kami tidak boleh berdiam dan tetap berharap untuk meraih sesuatu yang positif di Stadium Darul Aman.

“Sepanjang dua minggu liga bercuti kami melakukan banyak latihan khusus dan merencana beberapa taktikal untuk bertandang gelanggang lawan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jaehong memberitahu, selepas meraih kemenangan ke atas PDRM FC sebelum ini moral barisan pemain Kijang Emas berada pada tahap tertinggi.

“Kondisi pemain juga sangat baik. Mereka bersemangat dan sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan prestasi masing-masing serta sangat bermotivasi untuk meraih sesuatu yang positif pada perlawanan malam esok.

“Kami mungkin bertandang ke gelanggang lawan dengan ketiadaan beberapa pemain akibat kecederaan tetapi perancangan pasukan masih berjalan lancar kerana kami memiliki pengganti yang setara,” ujarnya.

Jaehong berkata, barisan pemain KDN FC perlu mempunyai sifat waspada terhadap kerana lawan memiliki pemain yang mempunyai ‘naluri’ pemusnah.

“Kami perlu berhati-hati dengan beberapa pemain mereka (KDA FC) seperti Syafiq Ahmad, Sony Norde serta satu atau dua pemain lagi. Jika alpa, kami akan berdepan masalah besar.

“Penting bagi KDN FC cuba sedaya upaya untuk mengekang pergerakan pemain-pemain utama KDA FC itu dan dalam masa yang sama, terjemahkan setiap peluang diperoleh ke dalam bentuk jaringan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya