Kapal tangki bawa 1.4 juta liter minyak terbalik di Filipina

Kapal tangki bawa 1.4 juta liter minyak terbalik di Filipina

A Philippine-flagged tanker MT Terra Nova carrying 1.4 million litres of industrial fuel oil capsized and sank off Manila on July 25, authorities said, as they raced against time to contain the spilll. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sebuah kapal tangki yang membawa bendera Filipina dengan muatan 1.4 juta liter minyak bahan api industri terbalik dan tenggelam di perairan berhampiran Manila, semalam.

MT Terra Nova sedang menuju ke pusat bandar Iloilo sebelum tenggelam di Teluk Manila, hampir tujuh kilometer (km) dari perbandaran Limay di wilayah Bataan, pada awal pagi.

Kapal itu tenggelam ketika hujan lebat akibat Taufan Gaemi dan monsun bermusim melanda Manila serta kawasan sekitarnya sejak beberapa hari lalu.

Tumpahan minyak dikesan beberapa kilometer di laluan air yang sibuk.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Laksamana Muda Armando Balilo dalam taklimat berkata, pihaknya berusaha membendung tumpahan bahan api itu.

Beliau memberi amaran jika semua minyak dalam kapal tangki itu bocor, ia akan menjadi tumpahan terbesar dalam sejarah Filipina.

“Manila menghadapi bahaya besar, termasuk kawasan pantai Manila, jika minyak bahan api itu tumpah kerana ia berada di dalam Teluk Manila,” kata Balilo.

Ribuan nelayan dan pengusaha pelancongan bergantung kepada perairan tersebut sebagai punca pendapatan.

Setiausaha Pengangkutan, Jaime Bautista berkata, 16 daripada 17 anak kapal berjaya diselamatkan.

Pencarian giat dijalankan untuk mencari seorang anak kapal yang hilang, tetapi Bautista berkata, angin kencang dan ombak kuat menghalang usaha itu.

Pengawal pantai dalam satu kenyataan berkata, satu tompokan minyak sepanjang kira-kira 3.7 km dibawa oleh arus kuat ke arah timur.

Komandan Pengawal Pantai, Laksamana Ronnie Gavan mengarahkan siasatan segera terhadap kejadian itu.

Setakat ini, kakitangan perlindungan alam sekitar marin digerakkan untuk membantu menangani tumpahan.

Insiden tumpahan minyak paling teruk di Filipina berlaku pada Februari tahun lepas, apabila sebuah kapal tangki membawa 800,000 liter bahan api industri tenggelam di perairan pulau tengah Mindoro.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya