Kanak-kanak Gaza dijangkiti penyakit kulit berbahaya

Kanak-kanak Gaza dijangkiti penyakit kulit berbahaya

KANAK-KANAK Palestin beratur untuk mendapatkan bantuan makanan di Sekolah Abu Zeitun di Kem Jabalia di utara Gaza, baru-baru ini. Mereka kini berdepan risiko maut akibat kekurangan makanan berkhasiat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 96,417 kes kudis dan kutu sejak permulaan perang di Gaza, 9,274 kes cacar air, 60,130 kes ruam kulit dan 10,038 kes impetigo.

Seorang Ahli Farmasi, Sami Hamid berkata, kudis dan cacar air terlalu cepat merebak di wilayah pantai Palestin yang menjalankan klinik sementara di kem Deir al-Balah.

Keluarga Wafaa Elwan antara satu daripada beribu-ribu yang tinggal di kawasan berpasir berhampiran laut dekat dengan bandar Gaza tengah Deir al-Balah.

Anak lelakinya, yang kini berusia lima tahun tidak boleh tidur di dalam khemah yang menempatkan dirinya bersama tujuh anaknya berteduh.

“Anak saya tidak boleh tidur sepanjang malam kerana dia tidak boleh berhenti menggaru badannya,” luahnya.

Anak lelakinya itu mempunyai bintik-bintik putih dan merah di kaki dan badannya.

Dia merupakan antara ribuan penduduk Gaza yang mengalami jangkitan kulit dari kudis hingga cacar air, kutu, impetigo dan ruam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan lebih 150,000 orang di wilayah Palestin dijangkiti penyakit kulit sejak perang Israel-Hamas meletus, 7 Oktober lalu.

“Kami tidur atas tanah dan pasir, tempat cacing keluar di bawah kami.

“Kami tidak boleh memandikan anak-anak kami seperti sebelum ini. Tiada produk kebersihan untuk kami mencuci dan membersihkan tempat tersebut.

“Ibu bapa pernah menyuruh anak-anak mereka untuk mencuci di Mediterranean, namun pencemaran yang berlaku akibat peperangan telah menghancurkan kemudahan asas sekaligus meningkatkan risiko penyakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya