'Kami akan kembali lebih baik'

‘Kami akan kembali lebih baik’

AARON Chia dan Soh Wooi Yik berjabat tangan dengan pasangan Liang Wei Keng-Wang Chang selepas aksi terakhir kumpulan di Sukan Olimpik Paris awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur mara ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan A selepas tewas kepada pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang straight set 22-24,14-21 di pentas Olimpik Paris 2024.

Aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu menyaksikan set pertama berlangsung dengan sengit namun pada set kedua beregu China terbabit mempamerkan aksi lebih menyakinkan untuk mendominasi perlawanan.

Beberapa kesilapan mudah pasangan negara itu pada set pertama membolehkan wakil China itu menjarakkan kedudukan mata hingga 20-15.

Namun, pasangan negara mempamerkan kebangkitan luar biasa hingga suatu ketika berjaya mengikat pasangan China itu 20-20 sebelum terpaksa akur tumpas set pertama 22-24.

Bersambung set kedua pula menyaksikan Aaron-Wooi yang berada di ranking kelima dunia gagal mengekalkan rentak melawan pada awal permainan apabila ‘dihantui’ dengan melakukan kesilapan mudah hingga memberi kemenangan kepada lawan 14-21.

“Kami menikmati perlawanan tanpa tekanan dan menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi.

“Sudah tentu, kami berharap untuk mendapat warna pingat yang berbeza (selepas memenangi gangsa di Tokyo 2020) tetapi kami mahu melangkah setapak demi setapak,”katanya.

Sementara itu, Wooi Yik menjelaskan kekalahan ini membuka mata mereka untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi permainan mereka.

Untuk rekod, kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini tewas tiga perlawanan dalam sembilan pertemuan dengan wakil China berkenaan.

Kekalahan itu bermakna Aaron-Wooi Yik akan mendapat undian suku akhir yang lebih sukar kerana terpaksa berdepan dengan salah satu juara kumpulan.

Undian bagi peringkat lapan terakhir akan diadakan selepas selesai perlawanan peringkat kumpulan beregu lelaki, esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya