Kamala Harris lebih mudah dikalahkan - sindir Trump - Utusan Malaysia

Kamala Harris lebih mudah dikalahkan – sindir Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperkecil-kecilkan calon Parti Demokrat, Kamala Harris apabila menyatakan beliau lebih mudah dikalahkan selepas Presiden, Joe Biden menarik diri daripada kempen pilihan raya tersebut.

Jelas beliau kepada CBS News menerusi panggilan telefon, Harris bukanlah lawan yang sesuai untuknya sambil menyifatkan Naib Presiden itu sebagai tidak cekap dan sukar mendapat kepercayaan rakyat.

Tambah beliau, pemimpin wanita itu juga masih terikat dengan polisi pentadbiran Biden yang tidak popular dalam kalangan pengundi negara ini.

“Harris lebih mudah dikalahkan. Sama ada polisi itu dibawa oleh Biden atau Harris, tiada bezanya,” kata Trump.

Bekas Presiden AS itu di laman sosialnya semalam, menyifatkan tindakan Biden yang menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden AS sebagai satu kejutan namun memperlekehkan keputusan tersebut.

“Kita sudah membelanjakan banyak wang dan membazirkan masa untuk ‘melawan’ Biden dan sekarang kami perlu bermula semula,” ujarnya.

Terdahulu, Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden, sekali gus menamakan Harris sebagai ganti. 

Biden, 81, bagaimanapun akan terus mengetuai pentadbiran sehingga Januari ini. 

Beliau dalam satu kenyataan di aplikasi X semalam memberitahu, keputusan itu dibuat demi kepentingan parti dan negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya