Kamala Harris desak Netanyahu lakukan gencatan senjata - Utusan Malaysia

Kamala Harris desak Netanyahu lakukan gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendesak mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung situasi meruncing di Gaza selain menyifatkan beliau tidak akan berdiam diri tentang perkara tersebut.

Jelas beliau, apa yang berlaku di Gaza sepanjang tempoh sembilan bulan ini adalah sangat menyayat hati.

“Kita tidak boleh melihat sahaja apa yang berlaku di Gaza. Kanak-kanak maut, penduduk berlapar, malah ada yang terpaksa berpindah berkali-kali. Saya takkan berdiam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas satu pertemuan dengan Netanyahu di sini, semalam.

Harris yang dijangka menjadi calon Parti Demokrat untuk pemilihan Presiden AS November ini berkata, beliau turut menggesa Netanyahu dan Hamas bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata serta pembebasan tebusan untuk mengakhiri konflik berkenaan.

“Saya beritahu beliau (Netanyahu), sudah tiba masanya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Beberapa jam sebelumnya, Netanyahu bertemu Presiden AS, Joe Biden dengan kedua-dua pemimpin membincangkan gencatan senjata dan rundingan tebusan secara mendalam.

Kenyataan tegas Harris semalam memperlihatkan tanda-tanda perubahan Washington berurusan dengan Netanyahu berbanding pendekatan Biden yang lebih berlembut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya