Kabinet baharu Mesir angkat sumpah - Utusan Malaysia

Kabinet baharu Mesir angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya Kaherah, semalam.

Sebelum upacara angkat sumpah, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.

Kabinet baharu tersebut diketuai oleh Perdana Menteri Mostafa Madbouly, yang memegang jawatan itu sejak 2018.

Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu berkenaan menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi.

Kabinet baharu Mesir turut menyaksikan rombakan termasuk menteri kewangan dan luar negeri baharu dalam kerajaan yang menghadapi cabaran termasuk perang Gaza di sempadannya, masalah ekonomi dan pemotongan kuasa harian.

Ahad lalu, Presiden berkata, keutamaan utama kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya