PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita utama negara, Goh Jin Wei lepasi halangan awal selepas menewaskan wakil Afrika Selatan, Johanita Scholtz dalam aksi pertama Kumpulan H pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, malam tadi. Jin Wei yang menghuni ranking No. 32 dunia melakar kemenangan straight set ke atas Scholtz yang berada di tangga ke-103 dunia 23-21, 21-11 dalam 30 minit. Pada keesokan hari, pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan ujian sebenar menentang pemain No. 17 dunia, Kim Ga Eun dari Korea Selatan. Jin Wei perlu memastikan kemenangan berpihak kepada dirinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya