Jeti terapung di Gaza RM1.07 billion dialih ke pelabuhan Israel

Jeti terapung di Gaza RM1.07 billion dialih ke pelabuhan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menutup pelabuhan sementara yang berfungsi sebagai jeti untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Gaza menimbulkan sejuta persoalan.

Washington memberi alasan misi sudah berakhir dan kononnya disebabkan gangguan cuaca berpanjangan dan ancaman keselamatan menyebabkan kekangan penghantaran bantuan makanan.

Timbalan Komando di Command Central AS, Vice Adm Brad Cooper, semasa sidang akhbar di Pentagon berkata, jeti itu telah memainkan peranan tersendiri menerusi operasi yang belum pernah diadakan selama ini.

Ketika tentera AS berundur dari laluan laut untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, timbul persoalan mengenai rancangan baharu Israel menggunakan pelabuhan di Ashdod sebagai pengganti.

Timbul persoalan bagaimana ia akan berfungsi dan kebimbangan mengenai kumpulan bantuan yang mempunyai lintasan darat yang mencukupi untuk mendapatkan bekalan makanan bagi pelarian yang kebuluran.

“Setelah menyampaikan sejumlah bantuan kemanusiaan terbesar di Asia Barat, kami kini menyelesaikan misi dan beralih ke fasa baharu.

“Dalam beberapa minggu akan datang, kami jangka berjuta-juta paun bantuan akan memasuki Gaza melalui laluan baharu ini,” katanya lapor The Guardian.

PINDAH KE ASHDOD, ISRAEL

Sementara itu, Pembantu Pentadbir Biro Bantuan Kemanusiaan, Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa, Sonali Korde memberitahu pemberita kumpulan bantuan mempunyai keyakinan Ashdod akan menjadi laluan yang sangat berdaya maju dan penting ke Gaza.

Jelasnya, cabaran utama yang dihadapi di Gaza adalah mengenai ketidakamanan dan pelanggaran undang-undang yang menghalang proses pengagihan sebaik sahaja bantuan masuk ke Gaza dan di titik persimpangan.

Rejim Zionis mengawal semua lintasan sempadan Gaza sehingga menyebabkan akses kemasukan bantuan bertambah sukar.

Israel sengaja menjadikan ‘kebuluran’ sebagai senjata perang selepas tidak berjaya menggempur pejuang Hamas.

Menurut Kored, koridor Ashdod akan menjadi lebih mampan dan digunakan untuk mendapatkan lebih sejuta paun bantuan ke Gaza.

“Setelah menyampaikan bantuan kemanusiaan terbesar ke Asia Barat, kami kini menyelesaikan misi dan beralih ke fasa baharu.

“Dalam beberapa minggu akan datang, kami jangka berjuta-juta paun bantuan akan masuk ke Gaza melalui laluan baharu ini,” katanya.

Pengkritik menggelarkan jeti itu sebagai ‘boondoggle’ (membazir) AS$230 juta (RM1.07 billion) yang gagal membawa masuk tahap bantuan yang diperlukan untuk membendung tahap kebuluran yang makin kronik.

Timbalan Komander Pusat AS, Naib Laksamana Brad Cooper berkata, bantuan kemanusiaan untuk akyat Palestin masih dihantar di Cyprus ke Pelabuhan Ashdod di Israel yang merupakan pelabuhan Utama paling dekat dengan Gaza.

“Beberapa minggu lalu, kami menggunakan laluan hybrid baharu dari laut dan darat untuk menyalurkan bantuan dari Cyprus ke Pelabuhan Ashdod, Israel dan utara Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Program Makanan Sedunia (WFP),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya