Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban

Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad.

Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Agensi Pertahanan Awam di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, Israel sengaja mencipta alasan kononnya menyasarkan ‘pengganas’ sedangkan ia adalah jelas premis persekolahan.

Tentera Israel mendakwa kononnya bangunan sekolah itu berfungsi sebagai tempat persembunyian dan pangkalan serangan Hamas.

Serangan terhadap sekolah Abu Araban yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di tengah kem Nuseirat di Gaza, adalah serangan kelima di pusat perlindungan sekolah dalam tempoh lapan hari lalu.

Jurucakap agensi itu, Mahmud Bassal berkata, sekolah itu juga menempatkan ribuan pelarian yang berpindah.

Israel berulang kali memfitnah Hamas menggunakan sekolah, hospital dan infrastruktur awam lain untuk tujuan ketenteraan. Hamas menafikan tuduhan terbabit. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya