JDT konsisten cipta kemenangan di Liga Super

JDT konsisten cipta kemenangan di Liga Super

PERTAHANAN JDT, Feroz Baharudin (kiri) cuba menghalang kemaraan pemain Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas semalam.-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan pasukan apabila mengutip tiga mata selepas menewaskan Sabah FC dalam aksi Liga Super 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio menggesa anak-anak buahnya mengekalkan kemenangan dalam kempen Liga Super selepas mengumpul 15 mata maksimum daripada lima perlawanan.

“Ya saya menjangkakan perlawanan ni bakal mendapat tentangan hebat namun saya gembira dengan keputusan ini. Sememangnya ia perlawanan yang sukar tetapi pemain kami menonjolkan persembahan yang menakjubkan,” katanya.

Bagaimanapun skuad Harimau Selatan itu dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menjinakkan Sabah FC apabila Romel Morales menjaringkan dua gol sebelum Bergson da Silva menyempurnakan penalti pada hujung permainan.

PENYOKONG-Penyokong Sabah FC yang hadir di Stadium Likas untuk memberi sokongan kepada pasukannya ketika aksi menentang JDT.-IHSAN SABAH FC

Gol saguhati tuan rumah diperoleh hasil sepakan penalti Gabriel Peres.

Mengulas lanjut perlawanan, jurulatih dari Argentina itu mengakui JDT mengalami kesukaran selepas Sabah FC menerapkan corak permainan dengan melakukan hantaran jauh.

“JDT pasukan profesional namun kami hilang bola apabila lawan kerap buat hantaran jauh dan penalti lawan adalah berpunca daripada hantaran jauh. Selepas memberikan penalti kepada lawan kami telah selesaikan masalah itu,” katanya.

Juara Liga Super 10 kali itu akan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi pertama separuh akhir Piala FA pada 19 Julai ini di tempat lawan sebelum menentang Terengganu FC dalam aksi liga di laman sendiri (26 Julai).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya