Jangan polemikkan isu pelantikan dua timbalan menteri

Jangan polemikkan isu pelantikan dua timbalan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Setiausaha Negara, Pratikno menjelaskan tiada sebarang ketetapan atau syarat berhubung soal jumlah timbalan menteri dalam mana-mana kementerian di negara itu.

Beliau berkata, bukan kementerian itu sahaja yang mempunyai dua timbalan menteri, sebaliknya, pelantikan sedemikian juga pernah dibuat dalam kementerian lain, sebelum ini.

“Dulu ada dua timbalan menteri di Kementerian Kewangan. Kementerian BUMN juga sama. Jadi, tidak timbul soal perkara baharu dalam pelantikan ini,” katanya lapor Kompas.com.

Beliau menjawab soalan wartawan mengenai dua timbalan menteri yang dilantik dalam Kementerian kewangan selepas Thomas Djiwandono mengisi portfolio Menteri Kewangan II.

Pelantikan itu dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), petang semalam.

Thomas akan bekerja rapat dengan Timbalan Menteri I, Suahasil Nazara untuk membantu tugas Sri Mulyani Indrawati di kementerian terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya