Israel tewas serangan di Abassan, Khan Younis - Utusan Malaysia

Israel tewas serangan di Abassan, Khan Younis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Rakyat Palestin lari bertempiaran selepas tentera Israel melepaskan tembakan di bandar Gaza, pada selasa.

Serangan itu menyebabkan belasan terbunuh dan cedera dalam serangan udara ketika rejim Zionis berdepan pejuang Hamas.

Serangan udara itu juga mengenai khemah keluarga pelarian di luar pekarangan sekolah di bandar Abassan, Khan Younis, selatan Gaza.

Israel, seperti kelaziman, hanya memaklumkan akan meneliti laporan serangan itu.

Barisan hadapan, sayap bersenjata Hamas dan sekutunya, kumpulan Jihad Islam berkata, pejuangnya bertempur menggunakan mesingan, api mortar, peluru berpandu anti kereta kebal sehingga berjaya membunuh dan mencederakan tentera Israel.

Bagaimanapun, pihak Zionis enggan mengeluarkan sebarang komen, namun memaklumkan askarnya terlibat dalam pertempuran jarak dekat, serta kira-kira 150 pejuang Hamas terkorban sepanjang minggu lalu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya