Israel sudah lama buru Fuad Shukr - Utusan Malaysia

Israel sudah lama buru Fuad Shukr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT : Israel sudah lama memburu komander Hezbollah, Fuad Shukr, yang terbunuh dalam satu serangan di penempatan Haret Hreik, selatan Beirut semalam.

Menurut AFP yang memetik sumber pergerakan berkenaan, Fuad yang menggunakan nama Haji Mohsen Shukr adalah individu bertanggungjawab mendalangi serangan selama berbulan-bulan oleh Hezbollah di utara Israel.

Sumber yang enggan diketahui itu memberitahu, Fuad dilantik sebagai pemimpin kanan Hezbollah susulan kematian komander tertingginya, Imad Mughniyeh, dalam satu pembunuhan kereta di Damsyik pada 2008.

Pada 2017, Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM23 juta) kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang Fuad, yang dikatakan berperanan sebagai penasihat kanan kepada pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.

Jelas Perbendaharaan AS, Fuad turut mendalangi pengeboman maut di berek Kor Marin AS di Beirut pada 1983.

Selain itu, pemimpin Hezbollah itu juga dilapor mengetuai pergerakan tersebut dan tentera Syria menentang pemberontak di negara berkenaan.

Israel melancarkan serangan ke selatan Beirut semalam, sebagai serangan balas terhadap insiden yang membunuh 12 orang kanak-kanak di di Majdal Shams di Golan Heights, Sabtu lalu.

Al-Jazeera yang memetik sumber perubatan melaporkan, serangan tersebut mengakibatkan beberapa kecederaan sementara rangkaian berita al-Quds melaporkan tiga orang awam maut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN