BAITULMUQADDIS: Tentera Israel sengaja menggempur sekolah di tengah Gaza bagi menyerang pelarian Palestin di Nuseirat, lapor The Palestine Chronicle.
Bertindak kononnya mengesyaki ia sebagai markas pejuang Hamas, rejim Zionis tidak teragak-agak melakukan serangan membabi buta sehingga menghancurkan struktur binaan di sekolah berkenaan.
Sumber di Hospital Al-Awda di Nuseirat berkata, pihaknya menerima kemasukan beberapa individu yang mengalami kecederaan di sekolah yang diuruskan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tindakan itu adalah jelas melanggar dan mencabuli undang-undang antarabangsa kerana menjadikan rakyat Palestin sebagai perisai.
Kementerian Kesihatan merekodkan 16 mangsa terbunuh akibat serangan Israel di sekolah itu, Sabtu lalu.
Konflik Israel-Hamas mengorbankan 38,098 penduduk Palestin, 87,705 cedera dan 11,000 tidak diketahui status hidup atau mati mereka.