Israel lancar serangan ke Lubnan - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan ke Lubnan

BEIRUT, LUBNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV : Israel melancarkan serangan ke kawasan penempatan Haret Hreik, selatan Beirut semalam, sebagai serangan balas terhadap insiden yang membunuh 12 orang kanak-kanak di di Majdal Shams di Golan Heights, Sabtu lalu.

Al-Jazeera yang memetik sumber perubatan melaporkan, serangan tersebut mengakibatkan
beberapa kecederaan sementara rangkaian berita al-Quds melaporkan tiga orang awam maut.

Rakaman selepas serangan yang disiarkan al-Quds memaparkan keadaan beberapa blok pangsapuri yang rosak teruk dengan kepulan asap turut kelihatan di lokasi berkenaan.

Juucakap tentera Israel, R Adm Daniel Hagari malam tadi memberitahu, pihaknya berjaya
membunuh komander tertinggi Hezbollah, Fuad Shukur dalam serangan itu, namun beberapa agensi berita menafikan perkara tersebut.

Fuad yang juga orang kanan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah dipercayai bertanggungjawab dalam pemerolehan senjata canggih untuk pergerakan itu termasuk peluru berpandu, roket jarak jauh dan dron.

Menteri Luar Lebanon, Abdallah Bou Habib dalam reaksinya berhubung perkara berkenaan berkata, serangan di Beirut adalah satu kejutan, selepas jaminan daripada sekutu Israel bahawa Tel Aviv hanya merancang tindakan terhad yang tidak akan mencetuskan perang.

“Itulah yang kami takutkan dan kami berharap ini tidak akan menyebabkan perang. Kami tidak menjangka serangan akan berlaku di Beirut,” ujarnya.

Lebanon merancang untuk membuat aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN