Israel hantar Shin Bet untuk jaga atlet Olimpik di Paris

Israel hantar Shin Bet untuk jaga atlet Olimpik di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Israel menghantar ejen bersenjata dan perkhidmatan keselamatan dalam negeri, Shin Bet ke Paris untuk mengatur operasi keselamatan terbesar bagi atlet Olimpik mereka.

Sekitar 88 atlet Israel dan pasukan mereka akan dilindungi Shin Bet ekoran kebimbangan mengenai aspek keselamatan.

Namun, tidak semua atlet akan mempunyai pengawal peribadi, lapor Jewish Chronicle.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Israel, Miki Zohar memberitahu Telegraph, Tel Aviv menyediakan butiran keselamatan untuk Sukan Olimpik selama ‘lebih setahun’ dan menggandakan bajet keselamatan pasukan tahun ini.

Bekas pegawai Shin Bet, Lior Akerman berkata, ejen akan dilengkapi dengan senjata dan teknologi, selain turut menerima sokongan daripada pasukan keselamatan serta polis tempatan.

Menurut Akerman, Shin Bet akan menguruskan keselamatan atlet di setiap peringkat dan tempat, dari ketibaan sehingga menaiki pesawat pulang ke Israel.

Sebelum ini, penyiar Israel, Walla melaporkan sebanyak 15 atlet dan pasukan Israel didakwa menerima ugutan bunuh melalui e-mel jika mereka datang ke Perancis.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Perancis memberi jaminan akan memberikan perlindungan 24 jam kepada atlet Israel semasa Sukan Olimpik Paris, yang bermula minggu ini.

Jaminan keselamatan itu diberikan kerajaan sementara Perancis, selepas ahli Parlimen sayap kiri menolak kedatangan delegasi Israel dan menggesa bantahan terhadap penyertaan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata, atlet Israel akan dilindungi sepanjang temasya sukan itu.

Pada perhimpunan pro-Gaza pada Sabtu lalu, ahli Parlimen parti sayap kiri France Unbowed (LFI), Thomas Portes menegaskan atlet Israel tidak dialu-alukan di Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN