Israel balas dendam terhadap Hezbollah - Utusan Malaysia

Israel balas dendam terhadap Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera Udara Israel memaklumkan pihaknya menyasarkan pejuang Hezbollah di Lubnan, selepas 12 kanak-kanak dan orang dewasa terbunuh dalam serangan roket ketika bermain bola sepak di Golan Height, wilayah Israel yang diduduki.

Pertumpahan darah di padang bola sepak itu, semalam, merupakan kehilangan nyawa paling teruk di sekitar sempadan utara Israel, sejak 7 Oktober tahun lalu.

Pertempuran dengan Hizbullah, yang sebelum ini bersifat sporadis, meningkat apabila Hizbullah melancarkan roket ke arah kedudukan Israel, sehari selepas serangan Hamas sebagai solidariti dengan Palestin.

Israel menyalahkan kumpulan pejuang itu, selepas serangan di pekan Druze, Majdal Shams.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan membalas dendam terhadap Hizbullah selepas serangan itu.

Katanya, kumpulan pejuang itu perlu ‘membayar harga yang mahal’. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN