Iraq mahu tentera AS berundur - Utusan Malaysia

Iraq mahu tentera AS berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Iraq mahu tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari negaranya bermula September ini, dengan pengunduran penuh pada September tahun depan.

Menurut sumber Iraq dan AS, bagaimanapun sekumpulan kecil tentera akan kekal di Baghdad untuk memberi khidmat nasihat memandangkan situasi di negara ini belum benar-benar pulih.

Sumber tersebut menyatakan, Iraq dan AS belum mencapai kata sepakat berhubung perkara berkenaan termasuk masa pengunduran yang tidak jelas.

Kedua-dua negara itu, minggu ini, mengadakan perbincangan di Pentagon, Washington berhubung penamatan misi pakatan tentera AS dan sekutunya di Iraq.

Buat masa ini terdapat kira-kira 2,500 tentera AS di Iraq yang ditempatkan di tiga buah pangkalan tentera iaitu di Baghdad, di wilayah Anbar timur Iraq serta di wilayah Kurdistan, utara negara.

Sumber bagaimanapun tidak memberitahu bilangan tentera yang akan kekal di Iraq yang berperanan memberi nasihat dan bantuan sokongan jika memerlukan.

Pegawai AS berharap pihaknya akan terus berada di Iraq sebagai mengekalkan hubungan dua hala terutamanya untuk menyokong penempatan sebanyak 900 anggota tenteranya di sempadan Syria.

Pada 2003, tentera pakatan diketuai AS membantu menggulingkan Presiden, Saddam Hussein sebelum berundur pada 2011.

Tentera AS ditempatkan semula di negara ini dalam usaha memerangi kumpulan pengganas Daesh pada 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN