MUSCAT: Seramai empat orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Muscat, ibu negara Oman, hari ini.
Polis Diraja Oman bertindak balas terhadap insiden tembakan di sekitar sebuah masjid di Kawasan Al-Wadi Al-Kabir.
Insiden itu juga menyebabkan beberapa individu lain mengalami kecederaan di rumah ibadah yang terletak di timur Muscat. -AGENSI