Indonesia larang jual rokok batang - Utusan Malaysia

Indonesia larang jual rokok batang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Indonesia secara rasmi melarang penjualan rokok batang secara runcit, dalam satu peraturan baharu yang diluluskan Presiden, Joko Widodo (Jokowi).

Agensi berita Antara melaporkan, Peraturan Pemerintah No. 28 Tahun 2024 tentang Kesihatan itu diluluskan beliau pada Jumaat lalu.

Menurut Perkara 434 (1) (c), setiap orang dilarang menjual produk tembakau dan rokok elektronik dalam bentuk batang, kecuali untuk cerut dan rokok elektronik.

Peraturan yang sama melarang penjualan produk rokok dan varian elektronik di mesin layan diri dalam jarak 200 meter dari institusi pendidikan dan kawasan permainan.

Walaupun undang-undang itu mengehadkan penjualan produk rokok melalui laman web, aplikasi elektronik dan media sosial, Perkara 434 (2) menyatakan bahawa penjualan melalui medium tersebut dibenarkan apabila pembeli mengesahkan mereka berumur 21 tahun ke atas.

Selain daripada mengehadkan penjualan rokok, peraturan baharu itu juga menetapkan bilangan rokok dalam satu kotak mesti tidak kurang 20 batang jika dijual dalam mesin layan diri.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin menyifatkan langkah itu mencerminkan usaha kerajaan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara.

“Kami mengalu-alukan peraturan baharu ini yang boleh membendung kegiatan merokok oleh golongan remaja bawah umur dan kanak-kanak,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya