CALIFORNIA: Kebakaran hutan berskala besar semakin meningkat sebanyak 20 kilometer persegi, apabila merebak ke seluruh bahagian utara California.
Kebakaran yang bermula sejak Rabu lalu, menyebabkan lebih 140,000 hektar tanah di utara-timur Chico renting. Bagaimanapun, ia makin terkawal pada Sabtu.
Agensi Bomba Negeri Cal Fire berkata, kira-kira 2,500 angota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang bertambah teruk akibat struktur muka bumi yang curam dan tiupan angin.
Jelasnya, bencana itu dikategorikan sebagai kebakaran terbesar di negeri ini, tahun ini.
Pegawai bomba, Cal Fire Billy See berkata, kebakaran merebak pada kadar 2,000 hektar sejam dan menyebabkan lebih 1.5 kali ganda saiz kebakaran lima daerah di New York City.
Gabenor California, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di daerah Butte dan Tehama.
“Kami menggunakan setiap peralatan yang ada untuk melindungi nyawa dan harta benda kerana pasukan bomba dan kecemasan bekerja sepanjang masa untuk memerangi kebakaran yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.
Usaha pemadaman turut melibatkan 16 helikopter serta beberapa kapal tangka Udara membuang air dari langit.
Kebakaran hutan memaksa penduduk di beberapa daerah berpindah.
Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana disyaki telah memulakan kebakaran tersebut.
Suspek dikatakan telah menolak sebuah kereta yang terbakar ke dalam hutan berkenaan sehingga menyebabkan ia merebak ke kawasan lain.
Untuk rekod, kebakaran paling dahsyat berlaku di Camp Fire, California sehingga membunuh lebih 80 orang. -BBC