Helikopter tempur Mi-28 terhempas di Russia - Utusan Malaysia

Helikopter tempur Mi-28 terhempas di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah helikopter tempur, Mi-28 terhempas di wilayah Kaluga, Russia awal hari ini, mengakibatkan semua anak kapal terkorban.

Kementerian Pertahanan Russia dalam kenyataan berkata, helikopter itu sedang melakukan penerbangan berjadual sebelum terhempas di kawasan terpencil wilayah, bersempadan dengan Moscow.

Menurut kenyataan, maklumat awal mengesahkan kemalangan berpunca daripada kerosakan teknikal.

Katanya, satu jawatankuasa dari Angkatan Udara Russia dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak mengesahkan bilangan anak kapal yang terkorban, lapor agensi berita Anadolu.

Sementara itu, Gabenor Kaluga, Vladislav Shapsha memaklumkan di platform Telegram, nahas berlaku di daerah Zhizdrinsky, kira-kira 150 kilometer dari sempadan Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN