Harimau Malaya kena menang Pestabola Merdeka

Harimau Malaya kena menang Pestabola Merdeka

AKSI Safawi Rasid ketika final Pestabola Merdeka edisi lalu ketika menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang turut menyaksikan keadaan padang yang kurang memuaskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan tiga pasukan jemputan di Pestabola Merdeka 2024 iaitu Tajikistan, Lubnan dan Filipina untuk mengharungi kejohanan edisi ke-43, boleh dikatakan semua pasukan terbabit memiliki kekuatan yang setara dengan skuad Harimau Malaya.

Ia dapat dilihat menerusi kedudukan ranking di mana Malaysia berada dikedudukan 135 dunia manakala Tajikistan (102), Lubnan (117) dan Filipina (147).

Bagi bekas pemain kebangsaan, Kaironnisam Sahabudin Hussain berpandangan ketiga-tiga pasukan ini mampu memberi manfaat kepada skuad Harimau Malaya terutama Tajikistan yang berjaya layak di suku akhir Piala Asia 2023 sebelum disingkirkan naib juara, Jordan pada peringkat berkenaan.

Jelasnya, kedudukan ranking juga tidak terlalu jauh dan jika pasukan kebangsaan berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan ia mampu melonjak ranking Harimau Malaya.

“Kalau kita lihat ketiga-tiga pasukan yang dijemput FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk Pestabola Merdeka kali ini, semua pasukan memiliki kekuatan setara walaupun berbeza kedudukan ranking.

“Peluang ini juga dapat memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan untuk memiliki perlawanan berintensiti tinggi, selain mampu melonjak ranking Malaysia di kedudukan lebih baik jika menang dalam kedua-dua perlawanan.

“Antara empat pasukan bertanding, Tajikistan berada di ranking teratas jadi, jika boleh saya nak Malaysia bertemu pasukan itu final,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Pada edisi ke-42, tahun lalu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan India 4-2 pada separuh akhir, namun sekadar muncul naib juara selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam aksi final.

Kali terakhir Malaysia menang Pestabola Merdeka pada 2013 lalu di mana Malaysia yang dianggotai skuad bawah 23 (B-23) berjaya menundukkan skuad B-23 Myanmar menerusi keputusan 2-0.

Tambah Kaironnisam yang lebih mesra disapa Botak menjelaskan, ia juga peluang untuk skuad kendalian Kim Pan Gon menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas kali terakhir melakukan pada tahun 2013.

Jelasnya, dibawah kendalian Pan Gon sejak Januari 2022, pasukan itu masih belum memenangi sebarang trofi walaupun menunjukkan peningkatan daripada segi ranking dan juga layak ke Piala Asia selepas 42 tahun secara merit.

“Saya harap Pestabola Merdeka kali ini kita akan menang. Jika edisi lalu kita tewas 0-2 kepada Tajikistan tetapi kali ini kita perlu menang.

“Pasukan kita sudah lama tidak merasai kemenangan menjulang trofi dan mungkin ini peluang terbaik kita dan juga Pan Gon,” katanya yang turut berharap pada edisi akan datang FAM dapat menjemput pasukan yang lebih besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya