NIBONG TEBAL : Sebanyak 8.88 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pagi ini. Perangkaan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan sebentar tadi. Dijangkakan, jumlah pengundi akan bertambah memandangkan keadaan cuaca agak cerah pagi ini. Secara keseluruhannya, seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu bagi Sungai Bakap pada PRK ini. Bagi tujuan pilihan raya itu juga, SPR telah membuka sembilan buah pusat pengundian yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya