Guru wanita di Afghanistan alami tekanan emosi, hilang kerja

Guru wanita di Afghanistan alami tekanan emosi, hilang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Keputusan Taliban melarang pelajar perempuan sekolah menengah daripada menerima pendidikan, mengakibatkan guru-guru wanita negara ini hilang pekerjaan dan mengalami tekanan perasaan.

Menurut data Kementerian Pendidikan Afghanistan 2020-2021, kira-kira 1.1 juta pelajar perempuan dan sebanyak 80,554 guru wanita terlibat dengan keputusan itu.

Seorang guru, Najiba, 37, berkata, dia kehilangan kerja secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan emosinya terganggu.

“Saya mengalami tekanan mental yang teruk akibat kehilangan kerja. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan saya, tetapi juga ahli keluarga,” katanya kepada Arab News.

Tambahnya, selain selalu rasa bersendiri kerana terperap di rumah, dia turut rindukan pelajar dan rakan-rakan gurunya.

Seorang lagi guru, Khaperai, yang pernah mengajar di sebuah sekolah menengah di Jalalabad berkata, tindakan Taliban turut menjejaskan pendapatannya.

“Saya cuba memohon untuk mengajar di sekolah rendah, namun tiada kekosongan. Saya hilang pendapatan,” katanya dengan menambah suaminya turut dibuang kerja akibat krisis ekonomi.

Laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang menyelia pembangunan semula negara ini, Pejabat Pegawai Khas Awam untuk Pembangunan Afghanistan (SIGAR) menyatakan, Taliban membuang 14,000 kakitangan kerajaan wanita kebanyakannya guru selepas mengambil alih pemerintahan negara pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya