Google ambil alih firma keselamatan siber Israel - Utusan Malaysia

Google ambil alih firma keselamatan siber Israel

Gambar Hiasan - Google Headquarters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat induk Google, Alphabet, hampir menyelesaikan pengambilalihan terbesarnya setakat ini, melalui perjanjian bernilai AS$23 bilion (RM107 bilion) untuk membeli firma keselamatan siber Israel, Wiz.

Menurut laporan Wall Street Journal, Google dalam ‘perbincangan lanjutan’ untuk mengambil alih Wiz, sebuah syarikat yang berpusat di New York dan ditubuhkan pada awal 2020 oleh Assaf Rappaport, Yinon Costica, Ami Luttwak dan Roy Reznik.

Ia juga merupakan pasukan sama di belakang Adallom, yang dibeli Microsoft dengan harga AS$320 juta (RM1.4 bilion) pada tahun 2015.

Urus niaga ini bukan sahaja akan menggandakan pemerolehan terbesar Alphabet sebelum ini, iaitu pembelian Motorola pada tahun 2012 sebanyak AS$12.5 bilion (RM58.3 bilion), tetapi juga menjadi pengambilalihan terbesar dalam sejarah firma teknologi Israel.

Teknologi yang dibangunkan oleh Wiz mencipta ‘lapisan pemadanan antara persekitaran awan’, membolehkan perniagaan mengesan dan menyelesaikan ancaman keselamatan yang ketara merentas infrastruktur awan mereka dengan segera.

New York Times melaporkan, pengambilalihan ini nampaknya dipacu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google Cloud, Thomas Kurian, yang mencadangkan ia adalah sebahagian daripada strategi lebih untuk meningkatkan reputasi Google sebagai penyedia platform awan yang selamat.

Langkah ini berlaku ketika pesaingnya, Microsoft menghadapi pelanggaran keselamatan yang ketara.

Oleh itu, ia membolehkan Google meletakkan platformnya sebagai pilihan yang lebih selamat dalam pasaran untuk perkhidmatan pengkomputeran awan, berdasarkan laporan itu. 

Pengambilalihan ini juga berlaku selepas Google mengumumkan pada April, pihaknya memecat 28 pekerja selepas beberapa kakitangan menyertai protes menentang kontrak syarikat dengan kerajaan Israel.

Israel terus berdepan kecaman antarabangsa ketika serangan kejam berterusan di Gaza, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.

Sehingga kini, lebih 38,664 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala kira-kira 89,097 yang lain cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya