Gnocchi kentang dengan cendawan, puri labu

Gnocchi kentang dengan cendawan, puri labu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBANYAKAN kita sudah biasa menikmati sajian Itali seperti spageti, lasagna, makaroni, penne, fettuccine dan fusilli.

Namun, terdapat satu lagi jenis pasta yang enak tetapi kurang dikenali ramai iaitu gnocchi.

Gnocchi (disebut nyow-kee) berbeza berbanding pasta lain kerana ia diperbuat daripada kentang selain tepung dan telur dengan teksturnya yang kenyal.

Menu ini boleh dimasak dengan pelbagai sos mengikut kegemaran anda.

Antara yang popular ialah tomato, pesto, cendawan dan labu.

BAHAN-BAHAN
(SAJIAN UNTUK 4 ORANG)
– 150 gram gnocchi
– 2 kilogram labu
– 200 gram cendawan butang
– 200 gram cendawan shimeji
– 150 gram keju parmesan
– Sedikit herba sage
– 50 gram mentega
– 8 hiris tomato separa kering
– 1 sudu kecil bawang putih (dicincang)
– 3 sudu kecil bawang besar (dicincang)

CARA PENYEDIAAN
– Potong labu kepada dua bahagian dan balutkan dengan kertas aluminium.
– Masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit atau sehingga lembut.
– Biarkan sejuk seketika sebelum dikisar bersama mentega dan sedikit garam serta lada sulah.
– Masukkan adunan dalam mangkuk.
– Tumiskan cendawan (butang dan shimeji) bersama bawang besar dan putih yang dicincang.
– Masukkan dalam mangkuk.
– Dalam kuali berasingan, masak gnocchi mengikut arahan pada paket dan toskan airnya.
– Tumiskan gnocchi dengan mentega dan minyak zaitun hingga perang, kemudian masukkan cendawan tadi, herba sage dan bahan perasa.
– Sediakan pinggan dan letakkan sedikit puri labu di bahagian tengah disusuli gnocchi dan cendawan.
– Hiaskan dengan hirisan tomato separa kering dan keju parmesan di bahagian atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN