Gempa bumi kuat landa utara Chile - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat landa utara Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter melanda utara Chile pada kedalaman 126 kilometer (km), pada Khamis.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan pusat gempa terletak 265 km ke timur bandar pantai Antofagasta yang bersempadan dengan Argentina.

Gegaran itu menyebabkan banyak kediaman bergegar sehingga terputus bekalan elektrik.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan, kecederaan atau krerosakan teruk dilaporkan.

Chile berada di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik aktif yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara.

Untuk rekod, negara itu pernah dilanda gempa bumi berukuran 8.8 skala Richter yang mencetuskan tsunami sehingga menghanyutkan seluruh kampung di selatan dan tengah negara itu.

Bencana alam yang berlaku 14 tahun lalu, menyebabkan 520 mangsa terkorban. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya