Gelombang panas, 21 kematian di Maghribi - Utusan Malaysia

Gelombang panas, 21 kematian di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Gelombang haba di negara ini menyebabkan sekurang-kurangnya 21 kematian dalam tempoh 24 jam di Beni Mellal, tengah negara ini, lapor Kementerian Kesihatan Maghribi semalam.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, kebanyakan kematian melibatkan individu yang menghidap penyakit kronik dan warga emas.

Pihak berkuasa itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada rekod tersebut adalah bilangan kematian tertinggi akibat gelombang haba di negara ini.

Beni Mellal yang terletak kira-kira 200 kilometer ke tenggara Casablanca, mencatat suhu 43 darjah Celcius semalam.

Jabatan meteorologi menjangkakan, suhu akan menurun dalam beberapa hari akan datang.

Maghribi mengalami musim kemarau selama enam tahun berturut-turut.

Pada musim sejuk Januari lalu, beberapa lokasi mencatat suhu hampir 37 darjah Celcius
di beberapa tempat.

Rekod suhu tertinggi di negara ini dicatat pada bulan Ogos tahun lalu di bandar peranginan pantai Agadir pada suhu 50.4 darjah Celcius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya