Filipina, China setuju redakan ketegangan di Laut China Selatan

Filipina, China setuju redakan ketegangan di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina dan China bersetuju untuk ‘mengurangkan ketegangan’ di Laut China Selatan, susulan pertempuran ganas di perairan yang dipertikaikan, baru-baru ini. 

Pegawai dari kedua-dua pihak mengadakan perundingan di Manila, pada Selasa. 

Filipina dan China bersetuju untuk mempertimbangkan kerjasama antara pengawal pantai dan rangka kerja untuk kerjasama saintifik. 

Bulan lalu, Filipina berkata, kakitangan Pengawal Pantai China yang bersenjatakan pisau, kayu dan kapak mengepung dan mengawal tiga kapal Tentera Laut Filipina berhampiran lokasi yang dipertikaikan, menandakan insiden baharu dalam siri konfrontasi berbahaya. 

Semasa pertengkaran 17 Jun lalu, seorang tentera Filipina kehilangan jari akibat pertempuran itu dan Manila menuduh Pengawal Pantai China merompak senjata api dan menyebabkan kerosakan kepada tiga bot, peralatan navigasi dan komunikasi. 

Kementerian Luar China mempertikaikan kenyataan Filipina mengenai insiden itu dan mendakwa langkah yang perlu diambil adalah sah dan professional.  

Dalam insiden sebelum ini, tentera China menggunakan meriam air dan laser tentera untuk bertempur dengan kapal penghantar bekalan Filipina dan kapal pengiring. 

“Kedua-dua pihak menyedari terdapat keperluan untuk memulihkan kepercayaan, membina semula keyakinan dan mewujudkan keadaan yang kondusif untuk sesi dialog dan interaksi yang produktif,” katanya. 

Manila dan Beijing mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah maritim di laluan berkenaan. -AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya