Fettuccine itik confit

Fettuccine itik confit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja menu Itali, pasti piza, spagheti, makaroni dan lasagna yang terlintas di fikiran ramai.

Tetapi, kalau asyik memasak menu sama di rumah, tentulah mengundang rasa jemu di hati ahli keluarga.

Untuk mencipta kelainan, apa kata cuba resipi fettuccine itik confit.

Cara penyediaannya amat mudah dan dijamin boleh memikat selera suami serta anak-anak pada hujung minggu ini.

 

BAHAN-BAHAN
-40 gram itik confit
-200 gram pasta fettuccine (direbus)
-3 oz krim masakan
-Pes tomato
-Garam halus (secukup rasa)
-Lada hitam kisar (secukup rasa)
-Keju parmesan
-Daun basil

 

CARA PENYEDIAAN
-Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan pes tomato dan krim masakan, kacau sehingga sebati.
-Kemudian masukkan garam dan lada hitam secukupnya diikuti itik confit.
-Masukkan pasta fettucine yang telah direbus dan kacau hingga sebati.
-Taburkan keju parmesan dan hiaskan bersama daun basil.
-Sedia untuk dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya