Fatah, Hamas berdamai - Utusan Malaysia

Fatah, Hamas berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Parti bertelagah Palestin, Fatah dan Hamas hari ini menandatangani perjanjian ‘kerajaan perpaduan sementara kebangsaan’ yang bertujuan membentuk pemerintahan di Gaza selepas peperangan.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, perjanjian tersebut dicapai di China tiga hari selepas rundingan panjang antara 14 pihak bertelagah di Palestin termasuk Fatah dan Hamas.

“Hari ini kami menandatangani perjanjian perdamaian yang bertujuan mempertahankan penguasaan Palestin terhadap Gaza selepas peperangan dengan Israel berakhir,” katanya selepas rundingan yang dianjurkan di China tersebut.

Pegawai Hamas, Mousa Abu Marzouk dalam sidang media di sini berkata, pertelagahan antara pihak-pihak berkuasa Palestin telah berakhir dengan permeteraian perjanjian itu.

Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustapha Barghouti pula memberitahu Al-Jazeera, perkembangan tersebut adalah langkah paling signifikan yang pernah dicapai pihak-pihak terbabit dalam tempoh beberapa tahun ini.

Katanya, empat elemen utama perjanjian adalah penubuhan kerajaan perpaduan sementara, pembentukan pucuk pimpinan yang kuat sebelum pilihan raya, pemilihan telus ahli Dewan Majlis Palestin Kebangsaan dan satu pengisytiharan penyatuan pihak-pihak bertelagah ketika Gaza terus dibedil Israel.

Barghouti berkata, langkah perdamaian itu amat penting bagi menghalang usaha Israel membentuk pakatan lain yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat Palestin.

Dua parti politik utama Palestin itu bertelagah pada 2006 selepas Hamas mengambil alih Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya