FAM sahkan keputusan Nazmi tepat, penyokong jangan emosi

FAM sahkan keputusan Nazmi tepat, penyokong jangan emosi

INSIDEN Bola yang terkena tangan Shahrul Saad dan pengadil, Nazmi Nasaruddin tidak memberi sepakan penalti selepas meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman baru-baru ini-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para peminat atau penyokong bola sepak tempatan diminta untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh seseorang pengadil dan tidak membuat komen mengikut emosi atau tanpa memahami undang-undang bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan protokol Video Bantuan Pengadil (VAR).

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata, penggunaan teknologi VAR dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bermula awal musim ini sangat membantu para pengadil dalam membuat keputusan yang tepat.

S. Sivasundaram

“Setakat 42 perlawanan Liga Super dan Piala FA bagi musim 2024-2025 ini, penggunaan teknologi VAR serta prestasi pengadil adalah pada tahap sangat cemerlang.

“Ini termasuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, Kedah Darul Aman FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 Julai lalu yang mana keputusan tidak memberikan sepakan penalti kepada Kedah oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin adalah sangat tepat.

“FAM mendapati terdapat beberapa reaksi dan komen-komen yang tidak sihat dilakukan oleh para peminat dan penyokong termasuk juga pemain dan bekas pemain. Rata-rata komen mereka hanya dibuat mengikut emosi dan tidak memahami undang-undang bola sepak FIFA dan protokol VAR.

“FAM berharap semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh seseorang pengadil dan jangan membuat komen-komen dengan hanya mengikut emosi atau tanpa memahami undang-undang bola sepak FIFA dan protokol VAR,” kata Sivasundaram.

Sivasundaram yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, menjelaskan badan induk bola sepak negara itu ingin menekankan bahawa setiap program pembangunan pengadil dan pengoperasiannya adalah berasaskan kepada penanda aras yang ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA.

“Pelaksanaan dan operasi Video VAR di Liga Malaysia adalah berasaskan kepada protokol VAR FIFA dan ia diiktiraf oleh FIFA.

“FAM sentiasa mengutamakan ketepatan keputusan dan prestasi pengadil yang optimum daripada setiap pengadil yang mengadili perlawanan Liga Malaysia. Keputusan sesuatu perlawanan itu sama ada menang, seri atau kalah, ia datang daripada pasukan itu sendiri.

“FAM juga memiliki sistem pengajaran dan pemantauan prestasi pengadil yang setaraf dengan piawaian antarabangsa yang melibatkan pembangunan dan pengajaran yang berfokus pada ‘makro- mikro’ seperti ‘Pre-match briefing’, ‘Post match debriefing’, ‘online post match debriefing’,‘video editing and analysis’, ‘VAR Refresher Course’ dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua pihak supaya menghormati keputusan pengadil yang mana setiap keputusan pengadil di Liga Malaysia adalah muktamad mengikut undang-undang bola sepak FIFA iaitu Undang-undang 5 di muka surat 65.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya